Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi Suntong Merah Homemade

5 Apr 2024 • 1:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hidangan ‘premium’ semasa hari raya di Sarawak!

Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi Suntong Merah Homemade. ‘Suntong merah’ memang sangat sinonim di Sarawak setiap kali musim perayaan. Tak kira semasa hari raya, tahun baharu Cina ataupun hari gawai snek ‘suntong’ ataupun sotong merah ini merupakan antara hidangan wajib di setiap rumah.

image is not available
Lebih 2K Perkongsian, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Suntong Merah’ Homemade. Kredit: Facebook

Namun tidak semua rumah mampu menghidangkan snek ini atas faktor harganya yang mahal sehingga boleh mencecah sekitar RM 100 sekilo. Disebabkan itu, seorang wanita bernama Nurul Diana telah berkongsi resipi cara pembuatan sotong merah ini.

Tambahnya walaupun proses agak rumit namun hasilnya sangat berbaloi.

Bahan-bahan:

Sotong kering 10 hingga 14 keping

Gula kastor secukupnya

Gula pasir secawan

Air secukupnya (untuk merendam sotong)

Pewarna merah 3 hingga 4 penutup botol

Cara penyediaan:

  1. Bakar sebentar sotong kering di atas api. Jangan terlalu lama supaya sotong tersebut tidak mengeras.
  2. Ketuk sotong tersebut menggunakan tukul bersih ataupun gunakan mesin khas untuk menjadikan sotong tersebut nipis.

image is not available

3. Selepas itu, carikkan sotong tersebut mengikut saiz yang diinginkan. Ketepikan sotong yang dicarikkan terlebih dahulu.

image is not available

4. Sediakan periuk. Satukan air, secawan gula, pewarna merah ke dalam periuk tersebut.

5. Panaskan bahan-bahan itu sehingga mendidih. Setelah mendidih tutupkan api dan sejukkan air tersebut untuk beberapa minit.

6. Selepas air bertukar suam-suam kuku, masukkan sotong kering yang telah dicarik dan biarkannya terendam selama 10 hingga 15 minit.

image is not available

7. Toskan.

8. Selepas di tos, masukkan serbuk cili dan gula kastor mengikut cita rasa anda. Gaul sebati.

image is not available

9. Selepas itu, jemurkan sehingga kering dibawah matahari.

image is not available

10. Selepas kering, tambahkan gula kastor.

image is not available

11. Siap untuk dihidang!

Baca lagi artikel menarik: