
Lebih 3,000 Pelari Sertai LG Life’s Good Run
PUTRAJAYA, 6 OGOS 2024 – Dalam menyemarakkan lagi semangat kemasyarakatan dan komuniti, LG Electronics (M) Sdn Bhd (LG Malaysia) berjaya menganjurkan LG Life’s Good Run yang pertama baru-baru ini di Anjung Floria, Putrajaya.
Acara ini menarik lebih daripada 3,000 pelari, yang kesemuanya menjiwai semangat “Life’s Good” sambil berkongsi pengalaman untuk meningkatkan kesihatan dengan aktiviti yang menyihatkan.
LG Life’s Good Run yang julung kali diadakan ini adalah bertujuan untuk meraikan kesejahteraan dan kegembiraan dengan menggalakkan para peserta untuk menerima cabaran hidup dengan sifat positif. Setiap langkah yang diambil oleh para peserta dalam acara larian ini menandakan kemajuan ke arah kehidupan yang lebih sihat dan lebih memuaskan.
Antara barisan hadiah yang diberikan kepada tiga pemenang teratas daripada enam kategori masing masing termasuk produk terlaris LG seperti LG Washtower, TV OLED LG 65”, dan peti ais LG Instaview.
Encik Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia, melahirkan rasa bangganya dengan kejayaan acara larian tersebut dengan menyatakan bagaimana ia sejajar dengan misi LG untuk mencipta pengalaman yang bermakna dan menaikkan semangat.

“Lebih daripada sekadar larian, acara ini meraikan kecergasan dan kegembiraan setelah berjaya mengatasi cabaran,” kata Encik Justin Choi. “Penyertaan 3,000 pelari yang berkumpul demi kesihatan dan kebahagiaan benar-benar melambangkan intipati Life’s Good dan juga slogan acara, iaitu ‘Run for the good life’.”
Para peserta dari semua peringkat umur telah mengambil laluan 5km dan 10km yang berlatarbelakangkan pemandangan indah Anjung Floria. Sepanjang laluan larian yang merentas keanggunan alam semula jadi, pengaktifan muzik telah menghidupkan lagi acara.
Ritma rancak yang menemani setiap langkah para pelari membangkitkan lagi semangat mereka untuk terus ke garisan penamat.
Acara itu juga menampilkan pelbagai aktiviti sampingan di mana kawasan karnival merupakan hub utama keseronokan.
Paparan produk yang menawan, permainan tradisional Korea, dan lokasi Instagrammable dengan Mock-Up bersaiz gergasi bagi barisan produk LG telah memeriahkan lagi suasana acara sambil menciptakan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta.

Segmen istimewa dalam acara LG Life’s Good Run adalah Kategori Kanak-Kanak di mana si kecil digalakkan untuk menangani cabaran, memupuk daya tahan dan keazaman sejak usia muda lagi.
Melalui LG Life’s Good Run ini, si kecil bukan sahaja mempelajari nilai penting untuk mengatasi halangan tetapi juga mengamalkan pemikiran yang positif sambil bertabah hadapi cabaran.
Mengimbas kembali acara tersebut, Encik Justin berkata, “LG Life’s Good Run adalah satu bukti kepada kuasa komuniti dan kepentingan memupuk kesejahteraan fizikal dan rohani.
Apabila cabaran tidak dianggap sebagai halangan, sebaliknya dilihat sebagai sesuatu yang mampu membantu membina daya tahan dalam diri, ini bermaksud kami sudah berada dalam jalan yang sempurna ke arah ‘Life’s Good’.
Sambutan yang memberangsangkan dan penyertaan yang menggalakkan menunjukkan komitmen komuniti terhadap kesejahteraan dan sifat positif dan ini jelas mewujudkan standard yang menjanjikan untuk acara masa depan.

LG Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, sukarelawan, dan rakan kongsi yang telah menyumbang kepada kejayaan LG Life’s Good Run 2024.
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.lg.com/my atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk maklumat, berita, dan promosi terkini.
The post Lebih 3,000 Pelari Sertai LG Life’s Good Run appeared first on Siakap Keli.

