Lebih 3,000 peluang kerja ditawar di karnival kerjaya LZS

29 Sep 2024 • 8:05 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 29 SEPT: Lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival iKerjaya sempena Karnival Zakat Selangor yang berlangsung semalam hingga hari ini.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan program di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam mulai 9 pagi hingga 6 petang menawarkan kerja melibatkan 30 majikan daripada pelbagai industri.

Menurut agensi itu pelbagai aktiviti dan pertandingan dianjurkan sempena karnival berkenaan seperti jualan Rahmah, cabutan bertuah serta kaunter taksir dan agihan zakat.

“Aktiviti lain termasuk malam gema kasih Ilahi, pertandingan mewarna, pertandingan bicara berirama, pertandingan nasyid, zoo haiwan jinak dan larian CEO.

“Buat julung kalinya LZS bakal menganjurkan Karnival Zakat Selangor. Jom datang beramai-ramai nanti,” katanya di Facebook.

Turut disediakan kaunter bayaran saman dan kompaun Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved