Lebih 300 keluarga di DUN Sungai Air Tawar terima bantuan RM300 sebulan

15 May 2023 • 11:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 MEI: Seramai 332 keluarga berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar menerima Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) berjumlah RM300 sebulan.

Wakil rakyat Datuk Rizam Ismail berkata inisiatif secara bulanan itu memberi manfaat besar kepada keluarga terbabit dalam menampung dan menyediakan keperluan harian.

“Ramai memohon tetapi kuota tidak banyak. Bagaimanapun kami membuat rayuan permohonan supaya lebih ramai penduduk mendapat bantuan ini.

“Majoriti penduduk memang berpendapatan rendah dan rata-rata mereka bekerja kampung. Mereka juga banyak tanggungan dan perlu dibantu,” katanya kepada SelangorKini.

Bingkas merupakan sebahagian daripada 46 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan tahun lalu memanfaatkan lebih 30,000 keluarga membabitkan peruntukan RM108 juta.

Menggantikan skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal), bayaran bantuan RM300 sebulan atau RM3,600 setahun diagih menerusi aplikasi e-dompet Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved