Lebih 300 'Mat Rempit' Sanggup Lawan Arus Lari Daripada Polis

LocalPolitics
7 Aug 2024 • 4:24 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam bagi mengelak ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, insiden berkenaan berlaku semasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti melaksanakan operasi membanteras samseng jalanan jam 7 malam Ahad lepas.

Menurut Anuar, siasatan mendapati kumpulan motosikal berkenaan melarikan diri dari arah Plaza Tol BORR Bagan Ajam menuju ke arah kawasan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).

"Dalam operasi tersebut, kami telah menahan seorang penunggang motosikal di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya," katanya.

Selain itu, polis turut menyita 25 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata, pihaknya mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak bertindak sedemikian kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri serta orang lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved