Lebih 300 usahawan hadir seminar e-Invois di Penampang

LocalBusiness & Finance
23 Jul 2025 • 10:56 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sisca Humphrey

PENAMPANG: Lebih 300 usahawan Sabah menghadiri Seminar Usahawan Madani: e-Invois yang diadakan di Dewan Kebudayaan Penampang, Selasa, bagi meningkatkan kesedaran terhadap pelaksanaan sistem e-Invois yang diwajibkan kerajaan.

Seminar sehari itu dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (Insken) dengan tumpuan khusus kepada proses e-Invois seperti yang ditetapkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), terutama bagi membantu golongan usahawan mikro dan kecil memahami pelaksanaannya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Insken, Mustaffa Kamil Ayub berkata kejayaan pelaksanaan e-Invois bergantung kepada tahap kesedaran dan kefahaman para usahawan terhadap sistem itu.

“Tanpa kesedaran, perubahan sukar berlaku. Tanpa pengetahuan, pelaksanaan pula akan goyah,” katanya.

Beliau menggesa usahawan agar terus bersedia menerima perubahan, berusaha menambah ilmu dan sentiasa peka terhadap keperluan pasaran semasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Insken, Viviantie Sarjuni berkata seramai 900 usahawan disasarkan menyertai siri seminar ini yang turut akan diadakan di Kuching dan Lembah Klang.

“Penyertaan hari ini menunjukkan kesediaan usahawan kecil untuk menyesuaikan diri dan mematuhi sistem digital seperti e-Invois,” katanya.

Program ini turut disokong oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah (MIDE), Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Sabah serta beberapa agensi kerajaan negeri dan pertubuhan bukan kerajaan.