Lebih 300kg sampah dikutip di Taman Awam Teluk Likas

11 Mar 2024 • 12:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Petronas dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM), menerusi program impak sosial mereka mengadakan Program Pembersihan Pantai Likas di Taman Awam Teluk Likas, baru-baru ini.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Impactlution Sdn Bhd ini dihadiri 200 sukarelawan, termasuk kakitangan Petronas dari wilayah Sabah dan Labuan, badan bukan kerajaan tempatan, Pusat Eko Kampus Universiti Malaysia Sabah dan penduduk setempat.

Penganjuran program ini adalah sebahagian daripada aktiviti di bawah projek perintis Petronas Planting Tomorrow, yang akan dilaksanakan di Sabah, Sarawak, dan Terengganu melalui kerjasama Petronas dan YHM.

Sejumlah 313.44 kilogram sampah berjaya dikutip oleh sukarelawan sepanjang program itu, dengan 69.92 kilogram daripadanya boleh dikitar semula.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Pembantu Menteri Kewangan II Tan Lee Fatt, semasa perasmian pelancaran projek perintis dan penutupan program pembersihan pantai itu, berkata penting untuk meneruskan penganjuran program seumpama itu di pantai di seluruh negeri, khususnya di Kota Kinabalu.

“Usaha bagi menjaga kebersihan tidak terletak di bahu kerajaan atau pihak berkuasa tempatan semata-mata; sebaliknya membabitkan semua pihak,” kata Tan yang juga Adun Likas.

Justeru itu, Tan menggesa semua pihak agar mengubah sikap dan menunjukkan komitmen serius untuk menjaga alam sekitar khususnya sungai dan pantai dengan menjadikannya sebagai amalan gaya hidup dalam kehidupan seharian mereka.

Sementara itu, Pengurus Besar Pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab berkata projek perintis itu bertujuan menggalakkan perubahan tingkah laku masyarakat dengan memupuk kesedaran tentang pemeliharaan alam sekitar, pemuliharaan, pemanasan global dan perubahan iklim.

Ini akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan masyarakat setempat dalam kitar semula dan pengurusan sisa pepejal yang sistematik, katanya.

Beliau percaya pelaksanaan projek perintis ini boleh menyumbang kepada penjanaan pendapatan masyarakat setempat melalui penjualan produk kitar semula secara komersial pada masa hadapan.

“Projek perintis ini akan merangkumi tiga komponen utama: program kesedaran awam, termasuk inisiatif pembersihan pantai dan sungai serta program pendidikan di sekolah; program peningkatan kemahiran untuk masyarakat setempat; dan program pengumpulan sisa di pusat kitar semula.

“Program ini akan memberi tumpuan kepada pengurusan sisa terpilih, seperti plastik, minyak masak terpakai, dan tekstil,” katanya.

Dua kampung dipilih sebagai lokasi pelaksanaan projek perintis impak sosial yang akan dimulakan pada April 2024 iaitu Kampung Cenderamata II di Likas dan Kampung Warisan di Inanam.

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia Dr Nurul Muiz Murad, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Leong Tze Fui; dan Pengurus Kanan Pengurusan Impak Sosial Petronas, Najiha Hambali.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.