Oleh SHAMZ JOHAN
SHAH ALAM, 28 MAC: Lebih 340 penghuni Pangsapuri Sri Aman, Petaling Jaya menerima baucar beli-belah bernilai RM100 sumbangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku, pada 25 Mac lalu.
Wakil rakyatnya Lim Yi Wei berkata program tersebut sudah tiga kali diadakan sejak 2019 menerusi kerjasama ahli majlis zon 19, Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Nalina Nair.
“Program ini bermula pada 2019 bersama mantan ahli majlis, Farhan Haziq. Kita sedar bahawa ramai keluarga kurang kemampuan tinggal di sini, kami jadikan program bantuan ini sebagai program tahunan.
“Sumbangan ini kita buat untuk semua keluarga tanpa mengira kaum dengan menggunakan peruntukan saya dan ahli majlis,” katanya kepada SelangorKini.
Pada program tersebut, setiap keluarga turut menerima sekotak buah kurma disampaikan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo.
Menurut Yi Wei hebahan dan promosi mengenai Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) kepada penduduk turut dibuat.
The post Lebih 340 penduduk DUN Kg Tunku terima baucar RM100 sempena Ramadan appeared first on Selangorkini.
