Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke SNBJ Saksikan Piala Malaysia

8 Dec 2023 • 5:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Lebih 4,000 penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan menaiki kira-kira 109 bas, pagi tadi.

Memetik laporan Bernama, penyokong-penyokong itu hadir bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC) malam ini.

Lebih 4,000 penyokong JDT ke SNBJ saksikan Piala Malaysia

image is not available

Foto: Kosmo Digital

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT, Mohd Fadzli Sapie berkata lebih kurang 600 penyokong dari Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin berlepas jam 8 pagi tadi.

“Selain di Stadium Larkin), terdapat juga bas-bas dari tempat lain yang akan sama-sama ke SNBJ untuk memberikan sokongan nanti.

“Kami telah sampaikan taklimat kepada penyokong terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah di sana nanti dan untuk final kali ini kami yakin JDT akan menang 3-0,” katanya.

image is not available

Foto: Bernama

Sekadar info, JDT merupakan juara tiga kali Piala Malaysia dan perlawanan kali ini merupakan misi mempertahankan gelaran itu.

Manakala, TFC pula mahu merangkul kembali gelaran juara selepas berjaya melakukannya beberapa tahun lalu pada 2001.

Sumber: Bernama