Lebih 40,000 kunjungi Festival Bon Odori, erat hubungan Malaysia Jepun

21 Jul 2024 • 5:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 21 JULAI: Festival Bon Odori ke-48 yang disambut sempena pesta kebudayaan musim panas Jepun mendapat sambutan apabila dikunjungi lebih 40,000 pengunjung.

Mereka membanjiri Kompleks Sukan Negara Shah Alam, seawal 4 petang dengan berpakaian tradisional Jepun iaitu kimono, yukata dan hakama yang turut dipakai rakyat tempatan.

Bermula 7 malam, festival tahunan itu dimulakan dengan paluan gendang sambil diiringi lagu tradisional negara matahari terbit berkenaan.

Pengunjung turut menari mengelilingi pentas dan ia berlangsung beberapa kali.

Festival Bon Odori yang dianjurkan hampir setengah abad di negara ini adalah usaha bagi mempromosi dan mengeratkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun.

Foto Festival Bon Odori yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai dirakam HAFIZ OTHMAN

 

image is not available
Lebih 40,000 pengunjung memeriahkan Festival Bon Odori dengan berpakaian tradisional Jepun kimono, yukata dan hakama

 

image is not available
Persembahan tarian tradisional Bon Odori.

 

image is not available
Orang ramai berswafoto bersama selepas turut serta dalam tarian sempena Festival Bon Odori

 

image is not available
Persembahan gendang sempena Festival Bon Odori ke-48

 

image is not available
Penari utama menunggu giliran untuk menaiki pentas utama sempena Festival Bon Odori

 

image is not available
Peserta mempersembahkan tarian tradisional Bon Odori

 

image is not available
Persembahan gendang wadaiko sempena Festival Bon Odori

 

image is not available
Orang ramai turut menyertai persembahan tarian tradisional Bon Odori.