Lebih 42,000 Hilang Kerja Dalam Tempoh 5 Bulan, AI Bukan Punca Utama -Ramanan

LocalBusiness & Finance
24 Jun 2026 • 4:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seramai 42,807 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga 12 Jun lalu, menurut Menteri Sumber Manusia, R Ramanan.

KL paling ramai kehilangan kerja

Memetik laporan daripada Sinar Harian, berdasarkan statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), penutupan perniagaan dan pengecilan syarikat dikenal pasti sebagai punca utama pemberhentian pekerja, melibatkan 17,485 individu atau 40.85 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan.

“Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kehilangan pekerjaan sebanyak 30 peratus atau 12,844 orang, diikuti Selangor sebanyak 12,360 orang dan Johor yang merekodkan kadar kehilangan pekerjaan 8.1 peratus atau 3,468 orang,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Image from: Lebih 42,000 Hilang Kerja Dalam Tempoh 5 Bulan, AI Bukan Punca Utama -Ramanan

AI bukan ancaman kepada pekerjaan

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin mengenai pengaruh automasi dan kecerdasan buatan (AI) terhadap trend penutupan dan pengecilan syarikat di Lembah Klang.

Menurut Ramanan, AI bukan ancaman kepada pekerjaan pada masa ini, sebaliknya pekerja perlu meningkatkan kemahiran berkaitan teknologi tersebut bagi menghadapi keperluan masa depan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid, beliau menjelaskan bahawa kebanyakan kes kehilangan pekerjaan berpunca daripada penutupan perniagaan, skim pemisahan sukarela (VSS) dan pengecilan tenaga kerja, bukannya disebabkan AI.

Image from: Lebih 42,000 Hilang Kerja Dalam Tempoh 5 Bulan, AI Bukan Punca Utama -Ramanan

Dalam masa sama, beliau memaklumkan pasaran pekerjaan negara masih menunjukkan permintaan tinggi apabila sebanyak 605,168 kekosongan jawatan diiklankan menerusi portal MYFutureJobs sejak Januari lalu berbanding 188,062 pencari kerja.

Selain itu, kajian TalentCorp mendapati kira-kira 697,000 pekerjaan berisiko terkesan oleh perkembangan teknologi dan ekonomi hijau dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang jika pekerja tidak meningkatkan kemahiran mereka.

Sumber: Bernama

The post Lebih 42,000 Hilang Kerja Dalam Tempoh 5 Bulan, AI Bukan Punca Utama -Ramanan appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved