Lebih 46,000 penduduk di selatan Jepun diarah pindah akibat Taufan Mawar

1 Jun 2023 • 10:37 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan berpindah kepada lebih 46,000 penduduk bandar Nanjo di wilayah Okinawa ekoran Taufan Mawar kini menghampiri wilayah itu, lapor Sputnik.

Penduduk yang tinggal di kawasan pantai digesa berpindah ke tempat selamat susulan amaran bahaya tahap empat pada skala lima telah diisytiharkan.

Sementara itu, amaran bahaya tahap tiga diisytiharkan di kawasan bandar yang menggesa pemindahan segera warga emas dan mereka yang terhad pergerakan, lapor penyiar NHK pada Khamis.

Taufan Mawar yang sangat kuat kini berada di luar pantai Okinawa. Tekanan di tengah taufan mencecah 970 hektopascal dan angin melebihi kelajuan 30 meter sesaat (67 batu sejam), dengan tiupan sehingga 45 meter sesaat.

Mawar dijangka bertukar arah ke timur laut dan melepasi selatan bahagian utama Jepun dalam tempoh 24 jam akan datang. -Bernama

View Original Article