Lebih 5 Juta Pengguna Aktif BNPL Di Malaysia Pada 2024

TechnologyDigital
12 Mar 2025 • 10:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menurut Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, penggunaan Beli Dulu, Bayar Kemudian (BNPL) di Malaysia telah meningkat dengan ketara. Beliau menyatakan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan ini untuk memastikan ia tidak memberi kesan negatif kepada ekonomi serta orang ramai.

image is not available

Setakat Disember 2024, terdapat 5.1 juta pengguna BNPL di Malaysia. Kebanyakan pengguna ini berusia diantara 21 hingga 45 tahun dan mempunyai pendapatan kurang daripada RM5000 sebulan. Transaksi BNPL juga meningkat dengan ketara pada separuh kedua 2024 yang mencapai RM7.1 bilion berbanding RM4.9 bilion pada separuh pertama tahun yang sama. Meskipun kadar penggunaan ini meningkat tetapi jumlah hutang isi rumah yang disebabkan oleh BNPL masih terkawal pada RM2.8 bilion yang merangkumi 0.2% daripada keseluruhan hutang isi rumah di Malaysia.

Pelbagai usaha turut sedang gigih dilakukan termasuk pelaksanaan RUU Kredit Pengguna yang kelak penyedia mesti mematuhi piawaian etika dan standard perlakuan seperti ditetapkan, termasuk ketelusan dalam yuran dan caj.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved