Lebih 50 Peneroka Israel Serang Kampung di Tebing Barat, Bakar Kenderaan Hingga ke Kediaman

11 Nov 2026 • 9:01 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: Lebih 50 Peneroka Israel Serang Kampung di Tebing Barat, Bakar Kenderaan Hingga ke Kediaman

Kumpulan peneroka haram Israel melancarkan serangan ke atas kampung Al-Lubban al-Sharqiya yang terletak di selatan Nablus, Tebing Barat yang diduduki, lewat Selasa.

Menurut sumber tempatan, lebih 50 peneroka dari pos penempatan haram berdekatan bertindak mencurah bahan pemecut sebelum membakar kenderaan di sebuah tapak pembuangan sampah. Kebakaran besar berkenaan merembet ke rumah-rumah berdekatan, memaksa anggota bomba bergelut mengawal marakan api berhampiran kediaman penduduk.

Pertempuran tercetus apabila penduduk Palestin bertindak mempertahankan kawasan kampung berkenaan, sekali gus memaksa kumpulan peneroka terbabit berundur sebelum kenderaan tentera Israel tiba di lokasi.

Insiden terbaharu ini menandakan peningkatan siri pencerobohan dan serangan pembakaran oleh peneroka haram serta tentera Israel di seluruh Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur, yang berterusan mencetuskan pemusnahan harta benda dan ancaman terhadap keselamatan komuniti Palestin.

Sumber Maklumat: Anadolu Agency (AA)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved