Lebih 500 penduduk sertai aktiviti berbasikal, jalan kaki di Bangi

19 Oct 2022 • 2:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 OKT: Lebih 500 penduduk menyertai aktiviti berbasikal dan jalan kaki sempena Program Bandar Baru Bangi Pagi Tanpa Kenderaan Ahad lalu.

Program anjuran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di Taman Tasik Cempaka melibatkan jarak sejauh 3.5 kilometer (km) bagi jalan kaki dan berbasikal (20km).

“Turut berlangsung program Half Marathon MPKj 2022 bagi larian sejauh 21km, 10km dan 5km melibatkan pelepasan seawal pukul 6 pagi,” tulisnya di Facebook.

Aktiviti lain yang turut diadakan seperti senamrobik, pertandingan ‘urban picnic’, pameran pelbagai agensi, pertandingan mewarna, gerai jualan dan banyak lagi.

Majlis dirasmikan Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain disertai wakil rakyat Sungai Ramal Mazwan Johar dan Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved