Lebih 6,500 peserta membanjiri acara tahunan Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025. Edisi keempat ini berjaya mengumpul RM200,000 untuk National Cancer Society Malaysia (NCSM) bagi menyokong usaha kesedaran, penyelidikan dan rawatan pesakit kanser. Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, Toyota telah menyumbang lebih RM500,000 kepada NCSM.
“Mobiliti bukan sekadar kenderaan, ia tentang menggerakkan manusia ke hadapan,” kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor.
Lebih Daripada Sekadar Larian
Tahun ini menyaksikan pengenalan kategori baharu 21KM Half Marathon. Ia bukan sahaja menarik pelari tegar, tetapi juga mereka yang hadir dengan kisah penuh inspirasi, termasuk bekas pesakit kanser yang meraikan ‘peluang kedua’, keluarga yang berjalan sambil mengenang insan tersayang, dan peserta dari kelab pelari OKU seperti Persatuan Pelari Anak Luar Biasa, Little Fighter Runners serta Bikeisable.
Ada yang menolak kerusi roda, ada yang berlari bersama ibu bapa yang sudah berusia dan anak kecil, semuanya bersatu membawa satu mesej: harapan masih hidup.
Lebih Daripada Sekadar Garisan Penamat
Acara ini turut berubah menjadi ‘wellness fest’ mini dengan pelbagai aktiviti:
- Pemeriksaan kesihatan percuma
- Booth interaktif dari NCSM, N8 Sports Nutrition & ATF Sport Taping
- Pameran model Toyota seperti Vios, Yaris G Limited, Hilux GRS dan Corolla Cross HEV
- Cabaran interaktif, zon aktiviti Toyota dan Gazoo Racing Showcase
- Beyond Zero experience bersama Toyota bZ4X & Mirai, simbol masa depan lestari Toyota
Hadiah cabutan bertuah pula mencecah nilai RM19,000, termasuk Sony Bravia TV, jam Garmin, dan PS5. Setiap pelari menerima kit prestasi premium, dan pelari 21KM menerima jersi eksklusif yang bukan sekadar kenangan, tapi simbol kemenangan peribadi.
Toyota percaya mobiliti mampu mencipta perubahan. Menerusi inisiatif seperti SYI Outrun, Toyota terus memperjuangkan mobiliti yang inklusif, agar setiap langkah kita, kecil atau besar itu bermakna dan tiada siapa yang tertinggal di belakang.
Untuk maklumat lanjut: https://www.toyota.com.my/en/discover-toyota/start-your-impossible.html
The post Lebih 6,500 Peserta Sertai Toyota Outrun 2025, Sumbang RM200,000 Untuk Pesakit Kanser appeared first on Siakap Keli.
