Lebih 600,000 warga emas daftar SMUE, dapat baucar beli-belah RM150

26 Nov 2024 • 11:06 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 26 NOV: Seramai 617,916 warga emas mendaftar sebagai ahli Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sepanjang tahun ini, bagi melayakkan mereka mendapat baucar membeli-belah berjumlah RM150.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata jumlah tersebut meningkat berbanding 557,215 pendaftaran yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

“Tempoh pemberian maksimum selama tiga bulan (dari tarikh kelahiran) dan ketika ini kita sedang beralih ke arah digital dan ini akan mempercepat lagi agihan baucar,” katanya.

Menjawab soalan dalam sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, jelasnya, Selangor akan mengagihkan baucar Jom Shopping SMUE mengikut bulan kelahiran bermula tahun depan.

Sebelum ini, Anfaal berkata permohonan SMUE meningkat tiga kali ganda berikutan penambahan nilai baucar Jom Shopping daripada RM100 kepada RM150 yang dilaksana mulai tahun lalu.

Setakat Oktober, hampir 300,000 warga emas menerima baucar berkenaan sempena ulang tahun kelahiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved