Lebih 600 keluarga di Hulu Langat, Hulu Selangor terima fidyah

6 Sep 2022 • 2:33 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Wakil MAIS (kanan) menyerahkan bantuan fidyah berupa set makanan kering di beberapa kawasan di Hulu Selangor dan Hulu Langat.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM67,700 kepada 677 keluarga yang memerlukan di daerah Hulu Langat dan Hulu Selangor.

MAIS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, sebanyak 606 keluarga merupakan penerima di daerah Hulu Selangor, manakala 71 keluarga lagi dari daerah Hulu Langat.

Menurutnya, pemberian fidyah tersebut berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, gula, tepung dan susu.

"Agihan fidyah disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSFM) antaranya Pusat Kegiatan Guru Sungai Choh, Kampung Orang Asli Broga dan Kampung Orang Asli Kachau Dalam," katanya pada Isnin.

Dalam masa sama, MAIS turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah untuk melakukannya secara dalam talian.

"Jom bayar fidyah secara dalan talian melalui e-MAIS di pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php," katanya di Facebook pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved