Lebih 7,000 Pengguna Kelantan Tertunggak Hutang Bil Air RM4.6 Juta

LocalBusiness & Finance
17 Oct 2024 • 10:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
air kelantan

Di Kelantan, 7,270 pengguna dilaporkan mempunyai tunggakan bil air yang mencecah RM4.6 juta untuk tempoh 2022 hingga 2023.

Situasi ini mendapat perhatian serius daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), yang telah mengeluarkan kenyataan mengenai langkah yang akan diambil bagi menangani isu ini.

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Menurut AKSB, tindakan undang-undang bakal diambil terhadap mereka yang masih belum menjelaskan hutang bil air.

AKSB memberi amaran kepada pengguna bahawa hari ini adalah tempoh akhir sebelum senarai nama dan nombor akaun mereka diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut. Ini melibatkan hutang yang sudah menyebabkan pemotongan bekalan air.

3,316 Akaun Dipotong Pada 2022

Menurut kenyataan Jabatan Korporat AKSB, tahun 2022 mencatatkan 3,316 akaun dengan jumlah tunggakan sebanyak RM2.379 juta, manakala pada tahun 2023, sebanyak 3,954 akaun masih berhutang dengan nilai RM2.196 juta.

AKSB terus mempergiat usaha menuntut hutang sebanyak RM4.5 juta daripada pengguna yang masih gagal menjelaskan hutang bil air yang sudah dipotong itu.

Tindakan Pemotongan Akaun Aktif

AKSB turut menjelaskan prosedur tindakan mereka. Unit Penguatkuasaan AKSB akan membuat pemotongan terhadap akaun yang mempunyai bil tertunggak melebihi tiga bulan.

Sekiranya tunggakan masih tidak dilangsaikan dalam tempoh 45 hari selepas bil terakhir dikeluarkan, AKSB akan mengambil tindakan menolak deposit pengguna ke atas baki tunggakan, menjadikan akaun tersebut tidak aktif dan berhutang.

AKSB turut melantik empat ejen kutipan hutang berlesen untuk melakukan tindakan susulan bagi mendapatkan semula hutang yang tertunggak.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Buletin TV3