Lebih 7,200 orang muflis diberi pelepasan di Sabah

LocalBusiness & Finance
12 Sep 2024 • 1:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sherell Jeffrey

Kota Kinabalu: “Dasar Peluang Kedua” Kerajaan Madani melebihi jangkaan di Sabah dengan lebih 7,200 orang muflis diberi pelepasan (daripada senarai muflis) sejak 2023, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.

Beliau berkata sasaran negara untuk melepaskan 130,000 orang muflis menjelang akhir tahun telah melepasi angka itu pada Julai, dengan lebih 142,000 individu dilepaskan daripada senarai muflis.

“‘Dasar Peluang Kedua’ diperkenalkan tahun lalu bertujuan untuk melepaskan mereka yang muflis dengan hutang berskala kecil di bawah RM50,000.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk menyediakan bantuan kewangan dan peluang baharu untuk individu yang dibebani kemuflisan.