Lebih 7 Juta Cermin Mata Pintar Meta Dijual Sepanjang 2025

TechnologyDigital
13 Feb 2026 • 10:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kami ramalkan 2026 akan menjadi tahun cermin mata pintar mula mendapat perhatian ramai kerana teknologi sudah semakin matang dibantu oleh perisian yang semakin berguna. EssilorLuxottica yang bekerjasama dengan Meta menawarkan cermin mata pintar melaporkan lebih 7 juta pasang cermin mata telah berjaya dijual sepanjang 2025.

image is not available

Ini adalah lebih tiga kali ganda jumlah jualan cermin mata pintar mereka sepanjang 2024 dan 2023. Dengan ini mereka semakin menghampiri sasaran 10 pasang cermin mata pintar dijual setiap tahun menjelang 2028. Bermula dengan hanya satu model, kita Meta menawarkan empat model cermin mata pintar. Ray-Ban Meta untuk penggunaan santai, Oakley Meta HSTN untuk ahli sukan,Oakley Meta Vanguard untuk aktiviti sukan lasak dan Meta Ray-Ban display dengan skrin terbina.

Walaupun jualan meningkat, Meta akan berhadapan lebih banyak persaingan tahun ini dengan Google, Samsung, Apple dan Xiaomi semuanya bersedia menawarkan cermin mata mereka ke pasaran global.