Lebih 70,000 kes lembu seludup di 4 negeri sempadan Thailand -Mat Sabu

LocalPolitics
13 Mar 2025 • 9:43 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isu penyeludupan lembu di negeri-negeri sempadan Thailand semakin membimbangkan apabila lebih 70,000 ekor lembu direkodkan masuk secara haram sepanjang tahun lalu.

image is not available

4 negeri sempadan Thailand banyak kes lembu seludup

Memetik laporan dari Harian Metro, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan jumlah itu sebagai tinggi dan memberi kesan besar kepada penternak tempatan.

“Sejak dahulu saya tekankan kepada agensi yang berkenaan supaya bertindak tegas bagi mengekang masalah ini kerana kita tidak tahu lembu yang dibawa masuk berpenyakit atau sebaliknya,”katanya.

image is not available

Sekadar gambar hiasan

Daging dijual murah di negeri sempadan Thailand sebab lembu seludup

Lebih memburukkan keadaan, harga lembu seludup yang jauh lebih murah menyebabkan penternak tempatan sukar bersaing, hingga harga daging di Kelantan dijual serendah RM25 sekilogram.

“Justeru, masalah ini perlu ditangani dan diatasi pihak berkenaan supaya ia tidak menjadi semakin teruk,” tambahnya selepas menghadiri Majlis Berbuka Bersama Warga KPKM.

image is not available

Walau bagaimanapun, Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa bekalan daging mencukupi menjelang Aidilfitri, sekaligus meredakan kebimbangan pengguna terhadap isu bekalan makanan di musim perayaan.

Sumber: Harian Metro (Nor Fazlina Abdul Rahim)