
Kota Kinabalu: Lebih 70 kenderaan pelbagai jenama terbakar bersama empat premis perniagaan di sepanjang Jalan Ramayah, berhampiran Perabot Matahari di Putatan, pada Sabtu.
Difahamkan, semua kenderaan itu disimpan sementara di situ sementara pemilik menunggu untuk menuntut insurans.
Bengkel di mana 70 kenderaan itu disimpan berada di tapak lain di belakang bangunan itu. Kerugian dalam kebakaran 9.30 pagi itu dianggarkan lebih RM1 juta dan punca serta kerugian sebenar masih disiasat.
Pemilik premis itu, Anthony Tang, yang mengendalikan Kiong Li Timber Sdn Bhd, berkata ia dibahagikan kepada unit-unit lebih kecil yang disewakannya. Penyewa terbabit dalam perniagaan bengkel, perkhidmatan kerja mengecat dan kimpalan.
SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Anthony mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya yang datang melawat tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Kereta-kereta yang musnah dalam kebakaran itu.
Seorang penyewa, David Chu, yang mengendalikan sebuah bengkel, kehilangan van dan kereta Waja miliknya. Dia mendakwa pada mulanya berlaku gangguan elektrik di kawasan itu.
"Litar pintas berlaku sebaik bekalan pulih," katanya, menambah percikan api bertukar menjadi kebakaran dengan pantas.
Difahamkan, keadaan berangin ketika itu menyebabkan api merebak dengan cepat ke sebuah bengkel yang terletak di belakang premis. 10 pekerja yang tinggal di bengkel itu tinggal sehelai sepinggang susulan kebakaran itu.
“Api merebak terlalu cepat. Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa,” kata salah seorang pekerja itu, sambil menambah mereka kehilangan peralatan elektrik, termasuk mesin basuh dan peti sejuk.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



