Lebih 800 warga asing diperiksa di pusat bandar Seremban

18 Feb 2024 • 10:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Lebih 800 warga asing diperiksa di sekitar pusat bandar di sini menerusi operasi bersepadu polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 4.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata serbuan hampir tiga jam itu dilakukan di lorong bangunan dan premis kosong yang merupakan kawasan tumpuan warga asing berkumpul terutamanya pada hujung minggu.

Beliau berkata 835 lelaki dan 79 wanita warga asing diperiksa kebanyakannya warga Bangladesh, Nepal, Myanmar dan Indonesia.

“Polis turut menahan beberapa individu didapati menghalang penjawat awam melakukan pemeriksaan, ada dalam kalangan warga asing ini diserahkan kepada imigresen untuk tindakan selanjutnya,“ katanya kepada pemberita di Jalan Dato Sheikh Ahmad di sini hari ini.

Mohamad Hatta berkata risikan di kawasan terbabit telah dilakukan tiga minggu sebelum operasi dijalankan bagi mengesan kawasan tumpuan warga asing tersebut.

Sementara itu Pengarah Undang-undang dan Penguatkuasaan MBS Hanizam Ahmad berkata 13 kompaun dikeluarkan terhadap pemilik premis perniagaan terutamanya restoran dan kedai runcit.

Beliau berkata antara kesalahan itu ialah jumlah pekerja warga asing melebihi syarat ditetapkan. - Bernama