Lebih 84,000 bangunan musnah dalam gempa bumi di Turkiye

17 Feb 2023 • 8:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ISTANBUL: Dua gempa bumi kuat yang menggegarkan Turkiye baru-baru ini telah merosakkan 84,726 bangunan, lapor dpa pada Jumaat.

Menteri Perancangan Bandar Turkiye Murat Kurum berkata lebih 7,000 petugas telah terlibat untuk menjalankan pemeriksaan dan menilai kerosakan bangunan yang terdapat di 11 wilayah.

Bangunan yang rosak perlu dirobohkan segera dan menasihatkan penduduk untuk tidak berada berdekatan dengan bangunan yang telah dikenal pasti itu, katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Beliau berkata kerajaan akan memulakan usaha pembinaan semula di beberapa bandar yang terjejas teruk mulai Mac dan berikrar projek pembinaan kediaman yang baharu akan dimulakan selepas kajian teliti dilakukan.

Pihak berkuasa Turki telah menerima kecaman hebat kerana didakwa gagal menguatkuasakan peraturan projek pembinaan yang mungkin menyumbang kepada angka korban yang tinggi.

Susulan itu, lebih 50 orang termasuk kontraktor pembinaan telah ditahan, lapor Agensi Anadolu. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved