Lebih Baik BN Berperanan Sebagai Pembangkang - Hishammuddin

Politics
22 Nov 2022 • 12:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hishammuddin Hussein menegaskan, adalah lebih baik Barisan Nasional (BN) berperanan sebagai pembangkang, sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus berhubung kemelut pembentukan kerajaan baharu - Gambar Fail

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan, adalah lebih baik Barisan Nasional (BN) berperanan sebagai pembangkang, sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus berhubung kemelut pembentukan kerajaan baharu.

Beliau berkata, ketika ini, terdapat banyak spekulasi mengenai apa yang sedang berlaku.

“Dalam apa jua formula atau rundingan, pendirian saya jelas dan tidak akan saya kompromi.

“Sekiranya masih tiada persefahaman dan kata putus, adalah lebih baik BN berperanan sebagai pembangkang dan saya bersedia untuk itu,” katanya menerusi ciapan Twitter hari ini.

Hishammuddin berkata, apa juga yang terjadi, beliau akan tetap setia bersama UMNO dulu, kini dan selamanya.

“(Saya) akan bekerja keras demi memulihkan UMNO dan BN bersama rakan-rakan lain,” katanya. – Getaran, 22 November 2022

BERITA LANJUT MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved