Lebih baik SPRM fokus isu rasuah mineral Sabah, ‘Maha Kaya’ baru muncul – Puad

LocalPolitics
29 Sep 2025 • 12:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi meluahkan rasa lega apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan perancangan untuk menyiasat isu pemalsuan dokumen Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap tujuh pemain bola sepak kebangsaan.

Menurut Puad, agensi berkenaan sepatutnya memberi fokus kepada isu rasuah mineral Sabah dan ‘Maha Kaya yang baru muncul di negara ini.

Fokus isu rasuah mineral Sabah

image is not available

“SPRM jangan hilang fokus.

“Mujur SPRM batal perancangan untuk menyiasat kesilapan teknikal FAM hantar dokumen naturalisasi pemain warisan negara.

“Jika tidak, saya turut hairan kenapa SPRM mahu siasat semua kes. Lebih baik fokus kepada isu rasuah mineral Sabah dan ‘Maha Kaya’ yang baru muncul,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Malah, Puad turut berpandangan hendak pergi ke pejabar FIFA bukan sahaja membazirkan duit pembayar cukai tetapi SPRM akan hilang tumpuan.

Susulan itu, bab tuduhan ‘forgery’ (tuduhan) biar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang siasat.

Fokus isu rasuah mineral Sabah

image is not available

“Daripada pergi ke pejabat FIFA untuk menyiasat lebih baik cari menantu Muhyiddin yang didakwa ada di Abu Dhabi untuk menghadapi tuduhan rasuah Jana Wibawa,” dakwanya.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), sebaliknya menyerahkan urusan berkenaan untuk diselesaikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama badan induk bola sepak dunia itu.

FIFA mendedahkan FAM bersama tujuh pemain berdepan dakwaan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) selepas didapati menyerahkan dokumen palsu ketika proses pengesahan kelayakan pemain.

Tindakan itu dikatakan bertujuan membolehkan kesemua pemain disenaraikan dalam perlawanan rasmi skuad kebangsaan iaitu Gabriel Palermo, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Sumber: Facebook @Dr Puad Zarkashi