Lebih Banyak Aksi Mendebarkan, ‘Sweet Home 2’ Umum Tarikh Tayangan

1 Nov 2023 • 9:15 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Setelah lama menanti, “Sweet Home” musim kedua akan menemui penonton tak lama lagi!

Terbaru, Netflix telah melancarkan video trailer baru untuk “Sweet Home 2”, sekaligus mengumumkan tarikh tayangannya iaitu pada 1 Disember nanti.

Bagi yang belum tahu, musim pertama “Sweet Home” menceritakan tentang kisah seram dilalui oleh seorang pelajar sekolah menengah yang baru sahaja berpindah ke sebuah flat bernama Green Home, dan diugut oleh raksasa yang cuba untuk melenyapkan seluruh umat manusia daripada muka bumi ini.

Menerusi video trailer yang dikongsi, penonton boleh menjangkakan lebih banyak aksi mendebarkan tambahan pula dengan beberapa pelakon baru yang akan turut sertai musim kedua ini.

Antaranya adalah Oh Jung-se, Kim Moo-yul, Yu Oh-seong dan Jin-young.

Nantikan “Sweet Home 2” akan ditayangkan pada 1 Disember ini di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.