
PELAKON berwibawa Syafie Naswip percaya lebih banyak filem berkaitan budaya Sabah boleh diketengahkan ke pasaran arus perdana.
Syafie yang membintangi filem buatan Sabah, Mantera, berkata walaupun terdapat perbezaan budaya, ia bukanlah satu halangan untuk ia diterima oleh penonton yang lebih luas.
“Apabila Chester (pengarah Mantera) berikan skrip untuk filem ini, saya dapati ia mengangkat kisah lama yang mungkin kini semakin dilupakan. “Saya terus terima tawaran yang diberikan kerana saya lihat skrip filem ini ada benda-benda baharu yang kita boleh belajar tentang budaya, sosiobudaya, kepercayaan dan sebagainya.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ketika kami mengadakan tayangan perdana Mantera di KL (Kuala Lumpur), saya perasan ada beberapa babak yang mereka (penonton) mungkin tidak faham disebabkan perbezaan budaya, dan mungkin juga kerana ia sesuatu yang baharu bagi mereka.





