
KERAJAAN Sabah mahu meningkatkan hubungan dua hala dengan Hong Kong melalui penglibatan aktif dengan setiausaha jabatan berkaitan yang berpangkalan di wilayah pentadbiran China itu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bertemu dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, John Lee Ka-Chiu di pejabatnya di Hong Kong pada 9 November bagi membincangkan potensi kerjasama ekonomi.
Hajiji memberi taklimat kepada Lee mengenai bidang pelaburan utama Sabah iaitu sektor tenaga; industri intensiti tenaga rendah; produk berasaskan teknologi hijau; produk hilir biojisim; pemprosesan makanan; peralatan perubatan; minyak dan gas; pelancongan dan industri baharu.
“Saya mahu melihat Sabah menjadi pintu masuk Asia Tenggara dan BIMP-EAGA khususnya,” katanya.
Kunjungan hormat itu dibuat sempena misi perdagangan sulungnya ke luar negara.
Lee berkata beliau bersedia untuk mengarahkan komunikasi antara Hong Kong dan Sabah untuk membuka pintu bagi lebih banyak perdagangan dan bidang kerjasama.
“Kami mengharapkan pertukaran antara kerajaan untuk mengukuhkan hubungan,” katanya, sambil menambah bahawa bidang lain yang boleh dipertimbangkan Sabah ialah Bon Biru dan Hijau kerana Hong Kong berada di kedudukan teratas di bawah Hong Kong Investment Corporation Limited untuk membiayai projek pembangunan.
Lee juga mengalu-alukan Sabah mengadakan pameran perdagangan di Hong Kong untuk mempamerkan produk dan kepentingan perniagaan Sabah.
Beliau berkata Sabah adalah destinasi pelancongan popular bagi rakyat Hong Kong dan kerajaannya sedang mewujudkan lebih banyak laluan pelancongan yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
Lee mengakui bahawa Sabah telah menjadi pengeksport penting makanan laut ke Hong Kong dan menyatakan terdapat potensi untuk produk makanan lain juga.
Turut mengiringi Hajiji ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Datuk Phoong Jin Zhe, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr. Safar Untong dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Sabah Tan Sri David Chu.
Anak kelahiran Sabah Tan Sri Andrew Sheng, ahli Majlis Penasihat Ketua Eksekutif, Kerajaan Hong Kong, dan Setiausaha Rendah Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, Bernard Chan turut hadir.
Pada 6 Nov, Hajiji berada di bandar Shenzhen di wilayah jiran Guangdong di mana beliau menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi dan Teknologi China Global (GCET).
Kerajaan Sabah dan Huawei Technologies juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di ibu pejabat Huawei di Shenzhen.
Mengulas perkara itu, Lee berkata beliau bersedia untuk mengarahkan komunikasi antara Hong Kong dan Sabah bagi membuka pintu untuk lebih banyak perdagangan dan bidang kerjasama bersama.
“Kami menantikan pertukaran antara kerajaan untuk mengukuhkan hubungan ini,
“Sabah juga boleh menimbangkan Bon Biru dan Hijau kerana Hong Kong berada di kedudukan teratas di bawah Hong Kong Investment Corporation Limited untuk membiayai projek pembangunan.”
Lee juga mengalu-alukan Sabah bagi mengadakan pameran perdagangan di Hong Kong untuk mempamerkan produk dan kepentingan perniagaan Sabah.



