
SANDAKAN: Pewujudan Ruang Daya Cipta (RDC) di negeri ini diharap dapat melonjakkan sains, teknologi dan inovasi (STI) sebagai pemangkin ekonomi setempat serta negara, dengan pembabitan golongan B40 dan M40.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, inisiatif Mosti itu yang dilaksanakan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) antara lain memberi peluang kepada masyarakat setempat mendapat akses kepada peralatan STI.
Katanya, melalui RDC, masyarakat setempat didedahkan dengan teknologi terkini antaranya pencetak 3D, dron dan robotik yang disediakan di pusat itu.
Beliau berkata turut disediakan studio digital, makmal reka bentuk serta makmal komputer bagi memudahkan pengguna mencetuskan idea dan inovasi seterusnya menghasilkan produk bermanfaat yang dapat meningkatkan tahap ekonomi mereka.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “RDC ini akan memberi peluang kepada masyarakat untuk melakukan aktiviti yang kurang dapat diakses sebelum ini seperti reka bentuk, kreatif dan pemikiran reka bentuk, elektronik dan robotik, realiti maya, fabrikasi dan pertukangan, multimedia, pemprototaipan pantas dan permulaan.
“Setakat hari ini, 16 RDC telah dibangunkan di seluruh negara termasuk tiga di Sabah iaitu di Sandakan, Kota Kinabalu dan Keningau.
“Jika ada kesesuaian, pihak saya melalui YIM akan membuka lebih banyak di RDC di daerah lain di Sabah untuk mengembangkan lagi impak yang diharapkan,”
katanya ketika berucap merasmikan RDC Sandakan dan sesi penyerahan inovasi di bawah geran program YIM di sini, Sabtu lalu.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI (PSTI), Abdullah Daud, Ketua Pegawai Eksekutif YIM Dr Sharmila Mohamed Salleh, Adun Gum-Gum Arunarnsin Taib, Adun Sekong Alias Sani dan Adun Elopura, Calvin Chong Ket Kiun.
RDC Sandakan yang terletak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Batu 12, merupakan RDC pertama dibangunkan di Sabah dan beroperasi sejak Februari tahun lepas.
Mohammad Yusof berkata, lokasi RDC Sandakan adalah strategik sekali gus memberi akses mudah kepada penduduk setempat, dan perkara itu perlu dimanfaatkan komuniti sekitar agar dapat meningkatkan cetusan idea kreatif dalam penghasilan produk inovasi.
RDC Sandakan disediakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan mula beroperasi pada Februari 2023. Ia dilengkapi dengan peralatan dan aplikasi sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) termasuk komputer, mesin percetakan 3D dan set studio digital.
Sementara itu, beliau berkata, RDC menggalakkan pembabitan semua masyarakat termasuk orang kurang upaya, penduduk luar bandar dan individu profesional yang ingin menambah baik suatu kemahiran dalam membantu membangunkan ekonomi negara.
“Inisiatif RDC juga membuka peluang kepada golongan B40 dan M40 untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti kehidupan, serta mengukuhkan ekonomi komuniti setempat,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

