“Lebih Cerah Dari Masa Depan Anda” – Nabila Huda Bagi Kucing Jilat Ketiak Untuk Kekal Putih

Entertainment
27 Oct 2023 • 12:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Nabila Huda baru-baru ini ada mendedahkan ‘rahsia besar’ kepada peminatnya di TikTok.

Kata Nabila yang lebih mesra disapa sebagai Abil, tips untuk ketiak kekal cerah adalah dengan membiarkan kucing menjilat bahagian badan itu.

Sebelum ini, penampilan Abil dalam teater Muzikal Lantai T Pinkie menarik perhatian netizen gara-gara dia memakai kain batik kemban lengkap dengan selendang sehingga menampakkan ketiaknya yang cantik.

Dalam video yang dimuat naik Abil di TikTok itu, dia sempat berseloroh mengatakan bahawa syurga kucing belaan itu berada di bawah ketiaknya.

@abilsuhaimi

Now you know my secret already..Persoalan ketiak ku lebih cerah dari masa depan anda, telah terjawap..?? #Fyp #Biarmukatakcantiktapiketiakputih

? original sound – Nabila Huda – Nabila Huda

Kini anda semua tahu rahsia saya. Persoalan ketiak ku lebih cerah dari masa depan anda telah terjawab..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat merasakan perbuatan Abil itu sebagai lucu dan menghiburkan.

Nabila Huda kini aktif menyediakan konten memasak bekalan pagi anak perempuannya Keisha Laila di Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Artis Yang Tak Pernah Menipu, Selalu Jadi Diri Sendiri" - Emma Maembong Tak Pandai Membaca, Suruh Kawan Baik Bacakan Skrip Drama