“Lebih Dari 100 Negara Kunjungi, Saya Tetap Berpendapat KL Memiliki Orang-Orang Tercantik Di Dunia” – Pelancong

LocalTravel
25 Mar 2025 • 11:13 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform Threads, baru-baru ini, seorang pelancong asing meluahkan rasa kagum dengan kecantikan dan daya tarikan fizikal rakyat Malaysia.

Terpesona dengan orang Malaysia

Pelancong berkenaan mengakui terpesona dengan kecantikan orang Malaysia sejak pertama kali menjejakkan kaki di negara ini pada tahun 2019 dan memberitahu sudah melancong lebih 100 negara, tetapi tiada negara yang dapat menandingi penduduk di Kuala Lumpur secara fizikal.

image is not available

Ketika pertama kali datang ke Malaysia tahun 2019, saya berdiri di taman KLCC memerhatikan orang lalu lalang dan berfikir ‘wah, semua orang di sini sangat cantik.

Rakyat Malaysia tersipu malu

Perkongsiaan individu tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana rata-rata rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepadanya kerana bersikap jujur serta tersipu malu dipuji seperti itu.

image is not available

Biarpun persepsi kecantikan berbeza-beza untuk setiap individu, tetapi pengakuan pelancong tersebut menggambarkan wanita-wanita di Malaysia sememangnya mempunyai rupa paras cantik dan setaraf dengan negara luar.

image is not available 4 days ago

"Jauh Beza Dengan NYC Subway.." - Pelancong Puji MRT Malaysia Bersih & 'Sempurna'