Lebih Enak Dari Laksa Sarawak, Doktor Dari KL Ini Teruja Makanan Ulu Sarawak

4 Oct 2023 • 5:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Omg, ini lebih sedap dari Laksa Sarawak

Lebih Enak Dari Laksa Sarawak, Doktor Dari KL Ini Teruja Makanan Ulu Sarawak. Jika anda sebut tentang Sarawak, kebanyakan orang akan terus teringat kepada Laksa Sarawak yang terkenal itu.

Namun, adakah anda tahu bahawa negeri yang dikenali sebagai ‘Bumi Kenyalang’ ini juga mempunyai pelbagai jenis makanan yang mungkin lebih enak dan memikat selera daripada Laksa Sarawak?

image is not available
Lebih Enak Dari Laksa Sarawak, Doktor Dari KL Ini Teruja Makanan Ulu Sarawak

Doktor kesihatan yang berpangkalan di Kuala Lumpur ini memuji Makanan Ulu Sarawak

Seorang pengguna di laman Facebook menarik perhatian netizen apabila dalam satu hantarannya menceritakan pengalamannya apabila dia menikmati sajian masakan tradisional yang jarang-jarang disebut dalam liputan media atau diperbincangkan di kalangan foodies di bandar.

Nasi Bario ungu, sup terung asam, cangkuk manis dengan labu dan telur, serta umai ikan. Minumannya adalah air pandan yang dicampur dengan serai. Semuanya melebihi ekspektasi saya!”

image is not available

Ada banyak lagi makanan ikonik di Sarawak yang perlu cuba

Menurutnya, walaupun Laksa Sarawak adalah sajian yang menawan dan menjadi ikon negeri tersebut, terdapat juga banyak masakan lain yang tidak kurang hebatnya dan memerlukan perhatian dari kita semua.

Ujarnya juga, makanan yang paling sihat sekali di dunia ialah makanan orang kampung, tidak kira kampung mana.

image is not available
Lebih Enak Dari Laksa Sarawak, Doktor Dari KL Ini Teruja Makanan Ulu Sarawak

Semua jenis makanan kampung, kaedah masakannya berjimat. Maknanya kurang goreng-gorengan seperti deep-fried yang membazir minyak, tetapi lebih kepada masakan yang dikukus, dipanggang, disalai, direbus yang semuanya lebih sihat.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: