Lebih Meriah, Pengunjung Ke Kuching Food Festival Pada Hari Pertama Meningkat Tahun Ini

30 Jul 2023 • 8:40 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kuching Food Festival 2023.

Lebih Meriah, Pengunjung Ke Kuching Food Festival Pada Hari Pertama Meningkat Tahun Ini. Antara festival yang paling besar dan penting di kalender Sarawak, Kuching Food Festival pada tahun ini dilihat mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai.

Sebanyak 47,886 pengunjung yang hadir pada hari pertama Festival berkenaan iaitu 5,000 lebih daripada malam pertama festival ini pada tahun lepas.

image is not available
Lebih Meriah, Pengunjung Ke Kuching Food Festival Pada Hari Pertama Meningkat Tahun Ini

Festival ini diadakan selama 3 minggu

Festival selama tiga minggu ini adalah antara acara kemuncak tahunan bandar raya Kuching dan menjadi salah satu acara yang dinanti-nantikan orang ramai.

Pelbagai jenis makanan menarik menanti pengunjung yang hadir dan sebanyak 350 stall makanan yang ada buat para pengunjung untuk memilih apa yang disukai mereka.

Bakal berlangsung hingga 20 Ogos 2023, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai makanan menarik yang disediakan di festival ini.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: