Lebih Perlukan Tunai, Golongan Bujang Jual Semula Barangan Dapur Dibeli Guna Bantuan MySara

LocalPersonal Finance
8 Sep 2025 • 12:11 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Persatuan Pengguna Kedah (Cake) telah mengesan pengguna yang menjual semula barangan keperluan yang ditebus menerusi sistem Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100, lapor Kosmo.

Menurut Presiden Cake, Mohd. Yusrizal Yusoff, tindakan itu dibuat oleh golongan bujang yang tidak memerlukan barangan dapur kerana lebih cenderung mahu mendapatkan wang tunai untuk kegunaan lain.

Tambah Mohd. Yusrizal, pihaknya menerima aduan daripada Kota Setar dan dimaklumkan oleh peniaga bahawa ada dalam kalangan pengguna membeli barangan menggunakan Sara RM100, kemudian dijual semula.

Kebanyakan mereka adalah golongan bujang yang tiada tanggungan. Mungkin mereka perlukan duit untuk isi minyak motor atau tambah nilai telefon. Jadi kita dapat aduan ada yang melakukan perkara ini.

image is not available

Ujarnya, situasi tersebut jelas menunjukkan bahawa sesetengah rakyat masih lebih mengutamakan tunai berbanding barangan keperluan asas.

image is not available

image is not available

Pada masa sama, Mohd. Yusrizal juga mendedahkan pihaknya turut menerima rungutan pengguna yang terpaksa berulang kali ke pasar raya untuk membeli barang disebabkan sistem kerap mengalami gangguan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-02 14:13:03

Sistem MyKasih 'Down', Netizen Kecam Pelanggan Tinggal Troli Penuh Barang - "Biar Takde Duit, Jangan Takde Akal"