Lebih Privasi – MYNIC Kini Menyembunyikan Paparan Informasi Peribadi Pada WHOIS Nama Domain

TechnologyDigital
9 Nov 2022 • 11:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

MYNIC kini membawakan lebih privasi kepada para pembeli domain dengan akhiran .MY. Bermula minggu ini, MYNIC telah membuang paparan informasi penuh seseorang pemilik kepada umum pada bahagian WHOIS sesuatu nama domain.

image is not available

Sebelum ini, MYNIC sering memaparkan informasi penuh berkenaan seseorang pembeli, termasuk nama, alamat, nombor telefon dan juga emel.

Melalui perubahan baharu, MYNIC sekadar memaparkan tarikh pendaftaran, pendaftar, dan juga pelayan yang digunakan.

Dengan langkah ini, seseorang pembeli domain itu lebih dilindungi data peribadinya berbanding sebelum ini.

View Original Article