Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan peningkatan dalam permohonan pekerjaan ke sektor awam berikutan pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi SPA, Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, pengumuman ini dijangka memberi dorongan kepada golongan muda dan lepasan universiti untuk memohon pekerjaan dalam sektor awam kerana tertarik dengan peningkatan kadar gaji dan jaminan kehidupan yang lebih baik.
Pelaksanaan pelarasan gaji ini akan dilakukan secara berfasa, dengan fasa pertama bermula pada 1 Disember tahun ini dan fasa seterusnya pada 1 Januari 2026.
Kenaikan gaji sebanyak 15% akan diberikan kepada kumpulan pelaksana, manakala kumpulan pengurusan tertinggi akan menerima kenaikan sebanyak 7%.
SPA juga telah bersiap sedia untuk menguruskan lonjakan permohonan dengan meningkatkan kualiti sistem dalam talian mereka.
Ahmad Jailani turut menasihatkan bakal pemohon supaya berhati-hati dan mendapatkan maklumat sahih mengenai permohonan perkhidmatan awam melalui laman web rasmi SPA atau pejabat SPA di setiap negeri.
Sumber: Harian Metro
The post Lebih ramai yang akan mohon kerja kerajaan selepas PM umum naik gaji appeared first on The Reporter.


