‘Lebih RM13 juta diperuntuk untuk operasi Program Pemulihan Dalam Komuniti’

LocalFamily & Parenting
24 May 2025 • 9:02 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus komited melaksanakan pelbagai usaha untuk memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata antara usaha yang dilaksanakan ialah menampung kos pengoperasian 38 Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) di seluruh Sabah.

“Kita memperuntukkan lebih RM13 juta bagi memastikan PPDK kekal beroperasi dengan berkesan dan terus relevan bagi mendidik dan membimbing golongan orang kurang upaya (OKU).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kebanyakannya adalah tertumpu kepada aspek meningkatkan kebajikan serta kesejahteraan golongan istimewa ini,” katanya.

Nancy berkata demikian dalam ucapannya yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Farah Adura Hamidi sempena Majlis Perasmian program ‘My Special Got Talent’, Khamis.

Menurut Nancy, program ‘My Special Got Talent’ itu adalah salah satu inisiatif KPWKM di bawah Program Kembara Kasih KPWKM 2025 bagi menyantuni golongan rentan dan memperkukuh jalinan kemasyarakatan.

“Matlamat program ‘My Special Got Talent’ ini bukan sahaja untuk meraikan bakat anak-anak istimewa tetapi juga menyediakan platform untuk mengangkat semangat, keberanian, kreativiti dan keunikan mereka.

“Melalui platform ini, ia dapat memperlihatkan kekuatan mereka yang harus dihargai oleh masyarakat.

“Dalam dunia semakin maju, bakat dan keupayaan tidak lagi boleh diukur berdasarkan kekangan fizikal atau intelektual sebaliknya kebolehan insan istimewa ini boleh diketengahkan menerusi platform seperti ini.

“Program ini juga bukan sekadar memberi pentas untuk golongan istimewa berkarya, tetapi membuka ruang untuk mereka berkembang serta menyumbang kepada komuniti secara lebih bermakna,” tambahnya.

Sementara itu, sebanyak enam PPDK terlibat dalam program itu bagi zon Lahad Datu iaitu PPDK Harapan Kasih, PPDK Anjung Teduh, PPDK Desa Kencana, PPDK Kem Kabota, PPDK Felda Umas dan PPDK Bugaya.