Lebih RM600k Di Badan, Cik B Jadi Perhatian.. Dah Boleh Beli Rumah!

9 Sep 2022 • 8:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Siapa tak kenal dengan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang turut mempunyai pengikut tersendiri di media sosial.

Menerusi satu hantaran terbaru, remaja berusia 17 tahun ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto persalinan di badannya termasuk aksesori yang bernilai lebih RM600,000. Fuh dah boleh beli rumah!

image is not available

Harga bagi setiap item dipercayai dikongsi oleh beastlab_ sebelum dimuat naik semula oleh Cik B di akaun media sosialnya. Paling mahal adalah jam tangan Chopard berharga RM 530,000, diikuti cincin delima lebih RM100,000, hooded sweatshirt jenama Christian Dior berharga RM14,400, kasut RM5,300 dan scarf RM1,750.

image is not available

image is not available

Di hantaran lain, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen memuat naik foto menggayakan persalinan mewah tersebut dipercayai ketika hadir ke sebuah acara di ibu kota.

Di ruangan komen, orang ramai berasa teruja melihat kemewahan Cik B. Netizen berseloroh berkata jam tangan yang dipakai Cik B boleh membina sebuah rumah mampu milik.

image is not available

image is not available

image is not available

Fuh bukan biasa-biasa. Alhamdulilah rezeki Cik B.

Kredit: Instagram beastlab_ | cikb_havoc66

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.