Lebih sejuta pemegang unit ASNB dijangka melabur guna GOinvest

Business & Finance
16 Aug 2023 • 1:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lebih 12 juta pemegang unit ASNB kini boleh melabur dengan mudah melalui GOinvest. - Gambar hiasan

LEBIH satu juta pemegang unit Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) disasarkan untuk melabur dalam unit amanah ASNB melalui GOinvest Touch ‘n Go eWallet tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd (TNGD), Alan Ni berkata, melalui kerjasama antara ASNB dan TNGD, Touch 'n Go eWallet kini merupakan eWallet pertama dan satu-satunya yang membolehkan pengguna melabur dalam kesemua 17 unit amanah ASNB dengan yuran minimum sebanyak RM1 setiap transaksi.

"Dengan pelaburan permulaan minimum yang sangat rendah iaitu hanya RM10, lebih 12 juta pemegang unit ASNB kini boleh melabur dengan mudah melalui GOinvest.

"Perkongsian ini mempelbagaikan lagi tawaran GOinvest kepada sejumlah 26 unit amanah yang memenuhi selera risiko yang berbeza,” katanya pada majlis pelancaran Labur Online Laju di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzaffar Othman.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaburan ASNB dalam Touch ‘n Go eWallet, boleh layari http://www.touchngo.com.my/goinvest/asnb/ - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved