Lebih Separuh Kriptowang Yang Dilancarkan Sejak 2021 Telah Berkubur

Business & FinancePersonal Finance
19 Jan 2026 • 12:05 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Melalui analisa baharu yang dikongsikan CoinGekco, ia dilihat lebih separuh atau 53.2% projek kriptowang yang dilancarkan sejak 2021 kini tidak lagi aktif atau telah berkubur. Majoriti besar projek ini berkubur pada tahun 2025, melibatkan lebih 11.6 juta projek kriptowang.

image is not available

Ia dikatakan salah satu sebab angka ini meningkat mendadak adalah kehadiran projek seperti Pump.fun yang memudahkan sesiapa menerbitkan token atau projek kriptowang mereka, dan banyak projek yang terabai dan tidak terjaga.

Di Malaysia, penawaran kriptowang melalui platform tempatan adalah dikawal-selia, dan hanya projek-projek yang telah melalui pengesahan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahaja yang ditawarkan secara rasmi melalui platform seperti Luno. Ini sekaligus mengelakkan dan mengurangkan risiko orang ramai terjebak dengan projek-projek kriptowang atau token tanpa hala tuju atau sebab pembangunan yang sebenar.