Lebih setahun guna gelaran Datuk palsu

LocalPolitics
3 Sep 2024 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan gelaran Datuk palsu dari Pahang dipercayai untuk mendapatkan jawatan dalam pertubuhan terbabit.

KUANTAN - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan gelaran Datuk palsu dari Pahang dipercayai untuk mendapatkan jawatan dalam pertubuhan terbabit.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia dalam lingkungan lewat 40-an itu menggunakan gelaran tersebut sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, pihaknya sedang mendapat pengesahan terhadap dakwaan mengatakan lelaki terbabit menggunakan gelaran tersebut untuk mempengaruhi ahli bagi mendapatkan jawatan tertentu dalam pertubuhan itu.

"Pihak polis akan mendapat keterangan dan pengesahan daripada beberapa pihak sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menahan individu itu untuk siasatan lanjut.

"Setakat ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri mengesahkan darjah kebesaran, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk itu tidak pernah dikurniakan kepada individu terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Selasa.

Yahaya berkata, kertas siasatan kes itu di buka di bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana telah menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan tertentu," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved