“Lebih Sudu Daripada Kuah” – Marissa Dania Balas Individu Sentuh Hubungannya Dengan Abby Abadi

Entertainment
6 Nov 2026 • 2:04 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pempengaruh Marissa Dania mencuri perhatian apabila membalas ciapan seorang individu yang menyentuh mengenai hubungannya bersama ibunya, pelakon Abby Abadi.

Menerusi ciapan tersebut, individu berkenaan mempersoalkan hubungan Abby dengan anak-anaknya selain meminta seorang ustaz melihat keadaan mereka.

Advertisement

jj

Individu itu turut mendakwa anak-anak Abby mengetepikan ibu sendiri dan melabel mereka sebagai derhaka.

“Boleh ke para ustaz tengokkan anak-anak Abby Abadi.

“Pelik tengok mereka ketepikan mak sendiri. Dari yang perempuan sampai anak lelaki, semua derhaka.”

Marissa Dania Beri Respons Ringkas

Tidak berdiam diri, Marissa kemudian membalas ciapan berkenaan dengan respons ringkas yang dilihat seolah-olah menyindir kenyataan individu tersebut.

View this post on Instagram

“Lebih sudu daripada kuah.”

Respons itu kemudiannya mendapat perhatian pengguna media sosial, khususnya apabila ia menyentuh mengenai isu hubungan antara Marissa dan Abby yang sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai.

Hubungan Marissa Dania Dan Abby Abadi Pernah Jadi Perhatian

Imbas kembali, hubungan antara Marissa dan Abby sebelum ini sering menjadi perhatian susulan beberapa isu keluarga yang mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.

Abby juga pernah berkongsi beberapa luahan berkaitan anak-anaknya menerusi media sosial, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaharu ini, Marissa memilih untuk memberikan respons ringkas terhadap individu yang menyentuh mengenai hubungannya dengan ibunya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Lebih Sudu Daripada Kuah” – Marissa Dania Balas Individu Sentuh Hubungannya Dengan Abby Abadi2026-11-05 13:45:20

Tekad Tak Mahu Buat 'Loan' Bank, Pasangan Pengantin Sanggup 'Ikat Perut' Kumpul RM69,000 Untuk Majlis Kahwin

The post “Lebih Sudu Daripada Kuah” – Marissa Dania Balas Individu Sentuh Hubungannya Dengan Abby Abadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved