Lebuh Raya Di Merapoh Menuju Gua Musang Kelantan ‘Dibanjiri’ Sampah Orang Berbuka Puasa? [Video]

3 Apr 2024 • 11:03 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pada ketika ini, ramai umat Islam di perantauan dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga.

Sepanjang perjalanan pula, pasti ada yang sudah merancang untuk berhenti seketika di hentian Rehat dan Rawat (R&R) untuk berbuka puasa.

Malah, segelintir individu yang sudah membungkus makanan dan minuman pula ada yang hanya berbuka puasa di tepi lebuh raya kerana dilihat lebih mudah.

Tular tepi lebuh raya dipenuhi dengan sampah sarap

Bagaimanapun baru-baru ini, tular di media sosial pendedahan influencer automotif, Hezeri Samsuri yang menunjukkan keadaan di tepi lebuh raya yang dipenuhi sampah sarap.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X miliknya, longgokan sampah sarap itu dijumpai di sepanjang lebuhraya di Merapoh, Pahang menuju ke Gua Musang, Kelantan.

“Dah 2024, perangai masih sama, apa dekat rumah kau macam manalah gamaknya,” ciapnya.

image is not available
Foto:X/HezeriSamsuri

Sampah dipercayai milik orang yang berhenti berbuka puasa di tepi lebuh raya

Berdasarkan video terbabit, kebanyakan sampah yang ditemui adalah seperti plastik dan pembungkus makanan dan botol air yang dipercayai digunakan untuk berbuka puasa sebelum menyambung perjalanan.

“Menimbun sampah. Kalau korang nak berhenti berbuka puasa pun jangan lah sampai buat macam ini. Tolonglah, janganlah pengotor sangat,” katanya.

Netizen pakat kecam, jadi contoh yang tak baik untuk generasi muda

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah itu.

Malah, mereka turut menyatakan bahawa perkara sebegini tidak boleh dibiarkan kerana ia mampu menjadi ikutan generasi muda akan datang.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: