Lebuh Raya Ini Tiada Had Laju? Ini Faktanya

WorldCars
7 May 2026 • 10:20 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lebuh Raya Ini Tiada Had Laju? Ini Faktanya

Lebuh Raya Ini Tiada Had Laju? Ini Faktanya

Sebut pasal lebuh raya di Malaysia mesti kita akan terfikir had laju kebangsaan yang ditetapan iaitu 110km/j.

Tapi tahukan anda ada satu lebuh raya di Jerman yang siap dibina zaman Adolf Hitler sehingga kini tiada had laju di zon tertentu.

Sejarah Autobahn

Nama lebuh raya tersebut adalah lebuh raya Auto Bahn yang diilhamkan bermula era 1920-an.

Disebabkan masalah ekonomi yang melanda, pembinaan lebuh raya Autobahn sangat perlahan pada ketika itu.

Namun, selepas Adolf Hitler 1933 mengambil alih tampuk pemerintahan, Hitler mahu pembinaan lebuh raya itu disegerakan.

Image from: Lebuh Raya Ini Tiada Had Laju? Ini Faktanya

Hitler telah mengerahkan lebih kurang 130,000 pekerja pembinaan dan 270,000 pekerja lagi dalam bidang-bidang yang lain.

Satu lagi fakta menarik, lebuh raya ini juga pernah dijadikan lapangan terbang sementara dan pernah jadi sasaran serangan musuh ketika itu.

Selepas perang tamat, Jerman Barat kembali baik pulih lebuh raya Autobahn untuk digunakan oleh kenderaan darat semula.

Baca juga:

Lebuh Raya Tiada Had Laju Maksimum?

Autobahn juga diiktiraf sebagai lebuh raya keempat terpanjang di dunia dan ia terkenal dengan tiada had laju.

Tapi jangan salah faham, bukan sepanjang 13,192km lebuh raya itu tiada had laju. Ia cuma tiada had laju maksimum di kawasan-kawasan tertentu.

Antara kawasan yang tiada had laju adalah kawasan pedalaman, kawasan yang tidak sibuk dengan kenderaan.

Image from: Lebuh Raya Ini Tiada Had Laju? Ini Faktanya

Selebihnya, ada had laju maksimum yang dicadangkan iaitu pada 128km/j dan ia juga tidak menjadi kesalahan sekiranya melebihi had laju maksimum.

Had laju juga berubah mengikut cuaca. Secara kesimpulannya, Autobahn masih ada had laju yang dicadangkan dan hanya satu per tiga tiada had laju.

Antara fakta menarik yang lain, walaupun tiada ketatapan had laju, Autobahn mencatatkan kadar kemalangan yang rendah.

Tapi kita di Malaysia kekal la mengikut peraturan jalan raya yang ditetapkan dan tidak melanggar had laju maksimum yang ditetapkan.

View Original Article