Lebuh raya WCE antara Taiping-Trong-Bruas mula kutipan tol pada 24 Julai 2024

19 Jul 2024 • 5:42 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Lebuh raya WCE antara Taiping-Trong-Bruas mula kutipan tol pada 24 Julai 2024

johardy

19/07/2024 - 17:42

KUALA LUMPUR 19 Julai - West Coast Expressway (WCE) mengumumkan pelaksanaan kutipan tol di Jajaran Seksyen 11 iaitu Taiping, Trong dan Beruas, bermulai 12.01 tengah malam Rabu, 24 Julai 2024.

Jajaran sepanjang 35.5 kilometer itu telah beroperasi secara percuma, sejak dibuka secara rasmi pada 12 Mac 2024.

Kutipan tol Seksyen 11 itu dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch 'N Go, Smart Tag (Plaza Tol Taiping Selatan & Lekir sahaja) dan RFID, kata WCE dalam kenyataan di sini hari ini.

Berikut adalah kadar tol mengikut kelas kenderaan:

image is not available

image is not available

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, sila layari laman web WCE atau memuat turun aplikasi WCE. - DagangNews.com