Lebuhraya Bertukar ‘Merah’, Lori Sardin Dilapor Terbalik Di Lebuhraya PLUS Dekat Kuala Kangsar

3 Aug 2022 • 3:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sebuah lori membawa muatan sardin dilapor terbalik di Lebuhraya Utara Selatan dekat Kuala Kangsar yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas.

Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku kira-kira 1 petang di Kilometer 265.9 itu menyebabkan trafik terhenti lebih tiga kilometer selepas semua laluan terhalang.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian itu menyebabkan lori terbabit terbalik dan merintangi laluan dengan muatan yang dibawa bertaburan di atas jalan.

“Laluan berkenaan telah ditutup sepenuhnya dan kenderaan dari arah utara telah dilencongkan keluar Plaza Tol Kuala Kangsar bagi memudahkan kerja-kerja pengalihan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Anggota polis juga turut digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu aliran trafik untuk mengelakkan berlakunya kesesakan yang lebih teruk.

Twitter @Plustrafik dalam tweet terbarunya pada 1.24 petang memaklumkan bahawa laluan telah dibuka semula di Kilometer 267.0 hinggan 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan.

image is not available
Gambar via Bernama

Bagaimanapun, aliran trafik dilaporkan masih bergerak dengan perlahan dan pengguna juga diminta untuk mematuhi papan tanda.

Video berkenaan kejadian itu turut menjadi viral di media sosial yang menunjukkan ribuan tin dan isi ikan sardin bertaburan di atas jalan. Keadaan permukaan jalan juga kelihatan bertukar menjadi wana merah, dipercayai akibat cairan sardin dalam tin yang tumpah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved