Lebuhraya DUKE Kini Turut Menambah Sokongan Untuk Pembayaran Guna Kad Debit Atau Kredit

TechnologyDigitalCars
30 Aug 2023 • 9:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan bulan September menjelang tiba, pelbagai penyedia lebuhraya telah mula mengimplementasi ujian rintis melibatkan pembayaran alternatif kepada Touch n Go, iaitu menggunakan kad debit atau kad kredit.

image is not available

Terbaru, penyedia Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) mengumumkan ketersediaan sokongan pembayaran tol menggunakan kad debit atau kredit di lebuhraya kendalian mereka.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan pembayaran menggunakan kad debit atau kredit – sebagai alternatif kepada Touch n Go sekiranya kekurangan baki, atau tidak mempunyai kad TNG.

Sebelum ini, beberapa lebuhraya telah mengaktifkan ciri lebih kurang sama, termasuk Lebuhraya LDP, Sprint, SMART, BESRAYA, NPE, Kesas dan MEX. Kerajaan menyasarkan sekitar 12 lebuhraya mengaktifkan ciri berkenaan menjelang September ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved