Lebuhraya DUKE yang ke-12 sertai program sistem pembayaran tol terbuka

12 Apr 2023 • 12:21 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi telah mengumumkan yang Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) telah menyertai program sistem pembayaran tol terbuka. Ia menjadikan lebuh raya yang bakal menyokong sistem pembayaran terbuka kepada 12. Berikut adalah senarai penuhnya:

  1. Jambatan Pulau Pinang
  2. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  3. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  4. Lebuhraya Butterworth-Kulim
  5. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  6. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  7. Lebuhraya Guthrie (GUTHRIE)
  8. Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  9. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  10. Lebuhraya Sungai Besi
  11. Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  12. Terowong SMART

Tidak terhenti di situ, diumumkan juga yang Lebuhraya DUKE bakal jadi lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) untuk Multi Lane Fast Flow (MLFF) selepas Lebuhraya Sungai Besi jadi yang pertama.

Tiada tarikh khusus dikongsikan tetapi selewat-lewatnya September 2023. Ia adalah permulaan kearah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang dicanang kerajaan sejak beberapa ketika. Lebih menarik, pihak kerajaan mensasarkan untuk mengimplentasikan sepenuhnya MLFF di semua lebuhraya sebelum September 2024.

Walau bagaimanapun, tidak pula dinyatakan kaedah pembayaran yang bakal digunakan sama ada pelekat RFID, ataupun sistem pengecaman nombor pendaftaran. Besar kemungkinan RFID dan bukannya pengecasan nombor pendaftaran kerana situasi nombor pendaftaran seragam yang sehingga sekarang masih gagal ditangani pihak berkuasa.

Sumber: Astro Awani